Rabu, 18 Januari 2012

rahSia SoLat Yang TiDak di KEtaHui RamAi


Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimal 5 kali sehari dengan air wudhu.
Jangan langsung dikeringkan, biarkan menetes dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.

¡¤ Untuk menghilangkan stress, Cu kup dengan memperbanyakkan solat.
Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.

¡¤ Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN
¡¤ Untuk punya bibir cantik , bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur.
¡¤ Agar tubuh langsing , mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.
¡¤ Untuk mengembangkan diri , sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.
Assalamua’laikum wr wb……… ..
Inilah dia rahsia as-solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu……
1 – Niat Sembahyang :
Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 – Berdiri Betul :
Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.

3 – Takbir-ratul Ihram :
Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.

4 – Fatihah :
Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.

5 – Ruqu’ :
Sebagai tikar kita di dalam kubur.

6 – I’tidal :
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.

7 – Sujud :
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM..

8 – Duduk antara 2 Sujud :
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 – Duduk antara 2 Sujud (akhir) :
Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

1 0 – Tahhiyat Akhir :
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 – Selawat Nabi :
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 – Salam :
Memelihara kita di dalam kubur.

13 – Tertib :
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Dari Abdullah bin ‘Amr R. A., Rasulullah S. A… W.bersabda :
“Senarai di atas adalah salah satu sebab mengapa orang Yahudi /Kafir tidak sukakan angka 13 dan juga Hari Jumaat. Itulah sebab mengapa mereka mencipta cerita yang begitu seram sekali iaitu “ FRIDAY the 13th “ jika ada di kalangan kamu yang perasan!!!”
Wassalam.
“Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat…” Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa’at kepada manusia lain…

SeBaB ALLAH SWT tEmuKaN KiTa dEnGan oRaNg YaNg SalAh

1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya apabila kita bertemu jodoh yang sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.

2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.

3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.

4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.

5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan...

6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yangg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.

7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.

8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.

9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL.

Wahai sahabat yang kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.

Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..

PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA.


Awet mudA


nak awet muda? Makanlah secara teratur buah delima. Buah ini dianggap makanan super kerana dipercayai boleh membantu melewatkan proses penuaan dan anda sentiasa kelihatan muda. Mengamalkan makan buah delima secara rutin dapat memperlambat proses penuaan pada DNA demikian menurut sebuah penelitian di laboratorium Probelte Bio, Murcia, Spanyol, baru-baru ini. 

 Hasil penelitian mendapati mereka yang diberi makan ekstrak daripada buah delima dalam bentuk kapsul menunjukkan ada penurunan yang cukup besar dalam gen, yang disebut 8-Oxo-DG. Gen itu memiliki hubungan dengan kerosakan sel yang dapat menyebabkan gangguan otak, otot, hati, fungsi ginjal, dan efek penuaan pada kulit. Jadi kesimpulannya delima dapat memperlambat oksidasi atau penuaan pada DNA secara alamiah.

Zat pada buah delima dapat ditemukan pada jumlah kecil dalam jus, terutama pada kulitnya yang berwarna putih diproses menjadi pil atau dibuat minuman. Selain menjadi ubat awet muda, delima juga dapat mengubati penyakit jantung, kanser, dan menghilangkan stres.nie jew la yg aq tau stakat nie..

Jumaat, 13 Januari 2012

Seni Lukisan Dinding Yang Kreatif











P/S: tempah wat kat rumah ni makan gak beribu ringgit neh,  ape pon lakaran nya memang kreatif giler lah dan memang giler. seolah-olah gambar tersebut real dan betul2 wujud pada tempat tersebut.

Apabila Lukisan Dan Realiti Digabungkan

GAMBAR EKSKLUSIF RUMAH NABI MUHAMMAD SAW DAN KHADIJAH DI MEKAH

Nabi Muhammad SAW ialah manusia yang paling mulia dan paling berpengaruh sepanjang zaman. Baginda hidup di tengah-tengah masyarakat negeri Arab ketika itu dengan penuh kesederhanaan. Baginda yang berakhlak mulia dan tidak pernah letih membimbing umat agama Islam ini hidup bersama isteri tercintanya Khadijah r.ha di rumah yang sederhana. Di bawah merupakan gambar eksklusif rumah Nabi Muhammad SAW dan isterinya Siti Khadijah di Mekah sebelum Nabi berhijrah ke Madinah.

Ini adalah foto Rumah Nabi Saw dan Sayyidah Khadijah r.ha, tempat mereka berdua tinggal selama 28 tahun.

 
Gambar di atas ini adalah runtuhan pintu masuk ke kamar Rasul Saw di rumah Sayyidah Khadijah r.ha

Di atas ini adalah Gambar runtuhan tempat Sayyidah Fatimah r.ha, puteri kesayangan Rasulullah Saw dilahirkan.

Gambar di atas adalah sisa runtuhan kamar Rasul Saw dan Sayyidah Khadijah r.ha
Di atas ini adalah gambar runtuhan mihrab tempat Rasulullah saw bersolat.

Gambar di atas ini adalah makam Sayyidah Khadijah r.ha (yang besar) dan puteranya, Qasim (yang kecil) di sudut

9 Sifat Wanita Yang Perlu Lelaki Faham

Kita selalu mendengar dalam menjalin hubungan, perlu ada tolak ansur dan saling faham memahami antara satu sama lain. Selalu saja dikatakan, wanita lebih banyak bertolak ansur dan berubah demi memahami situasi atau kehendak lelaki.

Namun, ada juga lelaki yang memahami perasaan dan kemahuan seorang wanita dan sanggup berubah demi wanita dicintai. Namun, tinjauan rambang yang dibuat menunjukkan ramai menyatakan wanita terlalu rumit untuk difahami.

Pandangan ini mungkin betul atau salah. Bagi sesetengah pihak pula, mungkin tidak semua wanita sukar difahami.

Persoalannya.. apakah cara lelaki untuk memahami wanita dan apakah sifat wanita yang lelaki perlu ketahui?

Hari ini saya berkongsi dengan anda, senarai 9 perkara lelaki perlu tahu mengenai wanita. Ia penting untuk kesejahteraan sesuatu perhubungan.

1. SENSITIF
Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian. Apabila seseorang wanita menyatakan dia sedang bersedih tetapi tidak menitiskan air mata, itu bermakna dia sedang menangis dalam hati.


2. CEREWET
Bukan bermaksud ‘fussy’ tidak tentu hala, kadang kala ingin lelaki mengikut kata-katanya sekali sekala. Ikutkan saja kemahuan mereka selagi mampu tetapi ingat jangan mengeluh tidak tentu pasal… ini boleh memburukkan lagi keadaan.


3. HALUS
Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan, lazimnya wanita akan ingat kesalahan itu untuk disimpan jadi pengajaran… bukan dendam.


4. IKHLAS
Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui. Semua wanita mahukan seorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati dan lelaki juga perlu ikhlas mencintai wanita.


5. PERASAAN
Wanita suka jika sesekali orang yang disayangi membuat kejutan dengan memberi hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis. Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini, dia tidak akan ragu-ragu terhadapmu.


6. PRIHATIN
Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam. Wanita juga mudah jatuh hati pada lelaki yang prihatin dengan selalu ambil berat mengenai mereka dan baik terhadapnya.


7. MANJA
Walaupun dia adalah seorang wanita yang pandai berdikari, naluri mereka masih lagi tetap seorang wanita. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernama lelaki, namun juga dengan orang lain seperti sahabat atau keluarga.


8. EGO
Wanita yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi egonya apabila bersemuka dengan yang dicintai. Ini kerana apabila lelaki yang disukai merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!


9. CINTA
Cinta pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus. Apabila lelaki yang dicintainya pertama kali dalam diam memberikan tindak balas positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat.

Namun selepas ganggang telefon diletakkan, dia akan menjerit kesukaan dan tidak sampai sepuluh minit, semua rakan-rakannya akan tahu berita itu!
Soalan: Adakah anda sudah benar-benar memahami pasangan anda? Jika belum, apakah yang anda buat dalam usaha anda untuk memahami si dia?

Petua Ketika Melakukan Kerja Di Dapur

Orang-orang tua Melayu pada zaman dahulu memang kaya dengan petua yang berguna tak kiralah samada petua kecantikan, petua nak cepat dapat jodoh, petua memasak, petua supaya awet muda, petua rumahtangga bahagia, petua memikat gadis dan macam-macam lagi petua yang berguna dan menarik. Adakah petua-petua yang diamalkan oleh nenek moyang kita boleh dipakai? Bagi saya tentulah petua-petua tersebut berkesan, kalau tak berkesan tentulah ianya tidak diperturunkan kepada generasi yang seterusnya.

Ianya merupakan satu warisan Melayu yang tidak ternilai yang ditemui oleh nenek moyang kita bagi mempermudahkan sesuatu kerja dan menyelesaikan masalah yang dihadapi pada zaman tersebut. Di bawah merupakan antara petua yang ringkas, mudah dan berkesan yang boleh dicuba oleh sesiapa sahaja terutamanya bagi golongan wanita dan surirumah. Selamat mencub
a..


1.Petua menghilangkan bau nasi hangit
Nasi hangit biasanya kurang enak dimakan. Untuk menghilangkan bau hangit, periuk yang berisi nasi hangit hendaklah ditutup dengan daun pisang. Alas dengan surat khabar kemudian barulah ditutup dengan penutupnya sebelum direndam periuk nasi ke dalam besen berisi air.

2.Petua menghilangkan bau hanyir ikan,

sotong dan udang juga petua menambahkan kesuburan pokok bunga
Semasa mencuci beras, airnya jangan dibuang. Ia boleh digunakan untuk membersihkan ikan, udang dan sotong untuk menghilangkan bau hanyirnya dan disiramkan pada pokok bunga untuk menambah kesuburannya. Selain daripada itu, air beras juga boleh dibuat mandi sebagai penawar untuk menyejukkan badan dan kepala kanak-kanak.


3.Petua untuk mudah kupas kulit bawang
Semasa memotong bawang, kadangkala kulitnya melekat pada isinya. Satu cara untuk mengupas kulitnya adalah dengan merendam bawang merah di dalam air selama lima minit kemudian baru dikupas.

4.Petua untuk mengelakkan balang atau bekas gula dimasuki semut

Untuk mengelakkan balang atau bekas gula daripada dimasuki semut, sapukan minyak masak disekeliling balang.


5.Petua mengelakkan hati lembu yang dimasak menjadi keras

Semasa memasak hati lembu, kebanyakan suri rumah membiarkan masakan itu terlalu lama di atas dapur hingga menyebabkan hati menjadi keras. Satu rahsia agar hati kekal lembut ialah jangan memasaknya terlalu lama di atas api. Masukkan kesemua rempah dan rencah yang diperlukan, biarkan hingga garing kemudian barulah dimasukkan hati. Kacau selama dua atau tiga minit dan terus padamkan api. Hati bukan sahaja lembut tetapi rasanya lebih enak.

6.Petua untuk menanggalkan getah buah-buahan yang terkena pada pakaian

Pakaian yang terkena getah buah-buahan jangan terus dibuang. Petua untuk menanggalkan getah itu ialah dengan menabur garam halus sebelum dituang air yang baru mendidih ke atasnya. Lakukan beberapa kali dan kesan getah akan hilang innsyallah.


7.Petua mencuci pakaian yang terkena minyak
Mencuci pakaian yang terkena minyak ada caranya. Tuang minyak tanah ke bahagian yang terkena minyak dan sental untuk seketika sebelum digosok dengan limau nipis. Akhir sekali baru dicuci seperti biasa dengan sabun.

8.Petua menuang air yang mendidih pada gelas kaca

Air yang baru mendidih jangan terus dituang ke dalam gelas kerana ini akan menyebabkan gelas pecah. Cara yang betul ialah meletak sudu aluminium ke dalam gelas kemudian baru dituang ai
r.

9.Petua untuk mengelakkan jemput-jemput daripada menjadi keras
Untuk mengelakkan jemput-jemput daripada menjadi keras, masukkan sedikit serbuk penaik ke dalam adunan tepung. Satu lagi petua ialah dengan memasukkan sedikit air perahan limau nipis.

10.Petua untuk memudahkan menggoreng ikan supaya tak melekat

Kuali baru atau yang tidak dicuci bersih menjadi punca ikan melekat semasa digoreng. Jadi sebelum menggoreng ikan, pastikan kuali dicuci bersih. Jangan ada sedikit pun kerak atau sisa-sisa makanan di dalamnya. Jika ikan masih melekat pada kuali, tabur sedikit kulit bawang besar ke dalam minyak dan biarkan sebentar. Ikan bukan sahaja mudah dialihkan tetapi juga menjadi garing

rAhsia teLefOn biMbiT di SaAT KeCemAsAn

cerita kali ini khas untuk semua pengguna telefon bimbit.
Tahukah bahawa telefon bimbit anda sedikit sebanyak boleh membantu dikala kecemasan? Banyak perkara yang boleh anda lakukan, antaranya:
1. Kereta terkunci

Pernahkah tertinggal kunci kereta dalam kereta dan kereta anda ketika itu terkunci dari dalam? Pasti anda lakukan pelbagai cara untuk mendapatkan kembali kunci bagi membuka semula kereta anda.
Jangan risau, telefon bimbit boleh membantu, tapi bagi kereta yang menggunakan sistem penggera (alarm) sahaja.

Caranya:

i. Cuba anda hubungi seseorang yang berada di rumah. Minta dia ambilkan kunci pendua kereta anda.
ii. Kemudian pegang telefon bimbit anda dari jarak kira-kira 30 sm(satu kaki) dari kereta yang terkunci itu. Minta pula keluarga atau teman di rumah menekan punat 'ON' pada kunci pendua kereta dan pastikan dia menekan dengan mendekatkan pada telefon bimbitnya.
Pasti kereta anda tidak terkunci lagi, malah ia boleh dilakukan dari jarak beratus-ratus kilometer dari tempat kereta anda berada. Kerana itu juga, penting untuk anda menyimpan kunci pendua atau meminta orang yang anda percayai untuk menyimpannya.
Penting juga penggunaan telefon bimbit dalam keadaan sebegini. Kaedah ini memang berkesan kerana beberapa orang telah mencubanya.

2. Nombor Kecemasan
Sentiasa ingat bahawa nombor kecemasan untuk semua telefon adalah 112. Jika anda dalam kecemasan dan berada di kawasan tiada liputan untuk semua talian telefon bimbit yang anda gunakan, cuba dail nombor kecemasan 112. Ia boleh digunakan walaupun di kawasan yang tiada liputan dan lebih menarik lagi, ia boleh terus didail walaupun papan kekunci telefon bimbit anda dikunci (Keypad lock).

3. Kuasa bateri tersembunyi

Mungkin ramai tidak tahu,telefon bimbit yang telah kehabisan bateri masih boleh digunakan dalam keadaan kecemasan kerana ia mempunyai fungsi untuk menyimpan bateri tambahan. Bayangkan jika bateri telefon bimbit anda sudah terlalu lemah atau mati sedangkan anda perlu melakukan panggilan penting atau berada dalam kecemasan. Telefon bimbit jenis Nokia didatangkan dengan bateri simpanan.
Untuk mengaktifkannya, tekan kekunci *3370#
Telefon bimbit anda akan berjaya dihidupkan semula dan skrin telefon akan memberitahu telefon tentang penambahan kuasa bateri sebanyak 50 peratus. Kuasa tambahan ini juga akan dicas semula bila anda mengecas telefon bimbit anda (sesetengah jenis HP nokia sahaja).

4. Telefon dicuri

Bagaimana jika telefon bimbit anda dicuri. Anda boleh menjadikan ia tidak dapat diaktifkan dengan menekan nombor siri yang terdapat di telefon bimbit anda.
Sila dail *#06# dan 15 digit nombor siri telefon bimbit anda akan tertera di skrin
Nombor ini adalah unik untuk setiap telefon bimbit. Catatkan nombor siri ini dan simpannya di tempat selamat. Bila telefon bimbit anda dicuri, anda boleh hubungi pusat servis telefon bimbit anda dan berikannya kod nombor siri tersebut. Mereka kemudiannya akan mengunci sistem dalam telefon bimbit anda.
Sesiapa sahaja yang mencurinya pasti hampa kerana walaupun kad simnya telah ditukar, dia tidak dapat mengaktifkan kembali telefon bimbit tersebut. Jadi, walaupun ia dicuri, namun sekurang-kurangnya anda berpuas hati kerana si pencuri takkan boleh menggunakannya ataupun menjualnya. Hoho, padan muka :D

Sedikit sebanyak entri ini dapat membantu pengguna telefon bimbit di saat kecemasan.

10 bAndAR miNi yAng meNgagUmkAn

Hari ni nak cite pasal Bandar mini.
Tahu tak Bandar mini tu apa?
Bandar mini adalah bandar yang dihasilkan berdasarkan keadaan sebenar sesebuah bandar kat dunia ini. Jom kita tengok...

1) Paris

Gerard Brion menerima cabaran untuk membina model bandar Paris 15 tahun dulu, 18,000 jam dihabiskan untuk membina bandar tersebut di tamannya daripada konkrit terpakai, tin2 makanan dan sebagainya. Sekarang dia boleh berbangga kerana setiap tahun 150,000 pelawat mengunjungi "bandar" ciptaannya dan menikmati 40 monumen Paris terkenal seperti Eiffel Tower pada skala 1:130.


2) Madurodam adalah sebuah bandar di Amsterdam Belanda yang diciptakan dalam bentuk miniature pada skala 1:25.

3) Moscow
Model bandar Moscow ni dicipta pada tahun 1977 oleh 300 orang pekerja sempena 60 tahun Bolshevik Revolution. Diciptakan secara detail untuk menunjukkan pada negara Barat bahawa bandar Rusia lebih maju dan canggih dari diorang. Model nie sekarang dijual pada harga $3 juta, Nak beli ? contact lah pihak berkenaan .hehe

4) Bandar gula
Meschac Gaba mempunyai impian untuk membuat bandar dari gula dan dia merealisasikan impiannya pada pameran Port City di Liverpool. Dia memenuhi bandar impiannya dengan mercu2 tanda popular seluruh dunia seperti Taj Mahal, Eiffel Tower, Sydney Opera House, London Eye, menara kembar Petronas, the Reichstag, the Empire State Building dan banyak lagi. Bandar nie mengambil masa 2 tahun untuk disiapkan


5) Bandar Biskut

Bandar Biskut nie dicipta oleh artis China iaitu Song Dong menggunakan beribu-ribu biskut dan manisan. Setelah ia disiapkan, pelanggan-pelanggan boleh menikmati bandar nie, maksudnya boleh makan la, hehe.

6) Bandar Origami
Seorang pakar origami dari Jepun menghabiskan masa 4 tahun untuk mencipta bandar origami yang cantik nie. Semua bangunan tersebut dibina 100 peratus dari kertas yang dilekatkan menggunakan gam.


7) Bandar Pecungkil Gigi

Stan Munro membina mercu tanda menarik seluruh dunia menggunakan 6 juta pecungkil gigi dan 170 liter gam dalam ciptaannya. Bandar nie disiapkan dalam masa 6 tahun, lama gak tu kan tapi hasilnya korang boleh tengok kat bawah, cantik kan?

8) Bandar Tokyo
Terletak dalam bangunan Roppongi Hills Mori Tower, satu bandar mini Tokyo dicipta pada skala 1:1000. Setiap bagunan diambil gambar dengan helikopter dan kereta dan digabungkan untuk membina model. Keseluruhan proses mencipta bandar nie ada 14 bulan. Model nie meliputi kawasan dari Yoyogi Park, Shibuya, Azabu, Roppongi, Shinagawa dan pulau buatan manusia Tsukishima dan Kachidoki.

9) Bandar Chongqing, China
Bandar di selatan China niue dibina pada skala 1:750 dan berkeluasan 892 meter persegi. Model nie dipamerkan di dewan perancang banda di Chongqing.


10) Bandar New York dari Stapler
Artis Peter Root dari Guernsey menghabiskan 40 jam untuk menghasilkan bandar New York dari stapler tetapi dia hanya memerlukan beberapa saat ja untuk memusnahkan bandar yang diciptakannya menggunakan guli.

Ahad, 1 Januari 2012

sUngai dAlam sUngaI


Subhanallah! Sungai Dalam Sungai (Menakjubkan!) | Di Cenote Angelita Mexico, terdapat gua yang menarik minat para penyelam scuba untuk menerokai dasar gua tersebut kerana di katakan terdapat sungai di dasarnya. Namun begitu, ia bukanlah sungai sebenar. Ia merupakan lapisan hidrogen sulfida di bawahnya. Pada jarak 30 meter ialah air tawar dan apabila lebih dalam ke 60 meter ia akn menjadi lebih masin.
Beberapa meter jauhnya sebelum anda sampai ke bahagian bawah gua itu, anda akan melihat sungai di bawahnya, dengan pokok-pokok dan daun yang terapung di beberapa peringkat cecair. Permandangan yang amat menakjubkan jika anda sendiri yang melihatnya.


Powered By Blogger