1. Munculnya Imam Mahdi
Nabi Muhammad SAW merupakan nabi yang terakhir diutuskan dan Imam Mahdi pula adalah imam yang terkahir dan tiada lagi imam sesudahnya. Imam Mahdi adalah dari keturunan Hasan, yakni anak kepada Fatimah dan Ali bin Abi Talib. Ali pernah melihat Hasan sambil berkata: “Anakku ini akan menjadi pemimpin seperti dijanjikan Rasulullah dan nanti juga akan keluar dari keturunannya seorang lelaki yang namanya, kelakuannya sama seperti dengan nama nabi kamu, namun bentuk tubuhnya tidak sama”. Kemudian Ali menceritakan keadaan Imam Mahdi yang memimpin dunia secara adil dan bijaksana.

2. Munculnya Al-Masih Dajjal
Mengapa dia digelar Al-Masih? Nama Al-Masih diberi kerana buruknya rupa dan bentuk tubuh Dajjal dan dia diciptakan sebagai makhluk yang dilaknat kerana ia kufur dan mengaku dirinya sebagai tuhan. Al-Masih juga diberi kepada Dajjal kerana terhapus atau hilang mata sebelahnya. Kekuasaannya mencakup seluruh daratan dan lautan dan dia boleh menahan sungai daripada mengalir. Di antara kedua matanya tertulis kalimat KAFIR dan ia dapat dibaca oleh setiap mukmin sama ada pandai membaca atau tidak. Dia akan hidup di bumi selama 40 tahun.

Dajjal
menunjukkan kehebatannya dalam mengubati pelbagai penyakit, bahkan dia
boleh menghidupkan orang yang sudah mati. Dia berpura-pura mengajak
manusia kepada pendamaian dan kemudian banyaklah pengikutnya. Dalam
keadaaan demikian, maka Dajjal mengaku dirinya sebagai nabi Allah dan
ramai percaya terhadapnya. Akhir sekali dia akan mengaku dirinya sebagai
tuhan bahkan dia mempunyai syurga dan neraka.
Dajjal
berkata, “Akulah tuhan semesta alam dan aku sanggu menghidupkan dan
mematikan”. Tiba-tiba ada seorang mukmin membantahnya dan Dajjal terus
membelahnya kepada dua bahagian. Kemudian Dajjal menyeru kepada tubuh
mukmin itu, “Berdiri engkau”, lalu ia pon berdiri dan Dajjal bertanya
lagi, “Percayakah engkau aku ini tuhan sekalian alam?”, orang mukmin itu
menjawab, “Tidak, engkau masih Al-Masih pembohong”, lalu mukmin itu
dicampakkan ke neraka milik Dajjal.
Orang-orang
yang percaya pada Dajjal kemudian mengikutinya setelah melihat sendiri
penipuan yang berlaku. Begitulah ramai yang akan kufur pada Allah dan
beriman kepada Dajjal. Dajjal akan dibantu oleh syaitan dan jin dalam
melakukan segalanya termasuk harta kekayaan. Mereka akan membantu Dajjal
sama seperti mereka membantu Nabi Sulaiman satu ketika dahulu. Namun
Dajjal tidak dapat memasuki kota Mekah dan Madinah kerana keduanya
dijaga oleh Malaikat.
Berbulan-bulan
mereka terperangkap di atas bukit dan tiba-tiba langit menjadi
gelap-gelita sehingga telapak tangan pun tak dapat dilihat depan mata.
Kemudian mereka mendengar satu seruan dari langit, “Telah datang kepada
kamu pertolongan!”. Tatkala itu bumi disinari nur dari langit dan
turunlah Isa bin Maryam dan tangannya pada sayap dua Malaikat. Dajjal
yang mengetahui kedatangan Nabi Isa kemudian terus pucat dan menyuruh
pengikutnya mengerjakan solat. Ketika Nabi Isa mendatangi Dajjal, lalu
Dajjal sambil ketakutan berkata, “Wahai nabi Allah, kami baru sahaja
mengerjakan solat”. Isa AS bekata, “Wahai musuh Allah, engkau mengaku
sebagai tuhan sekalian alam, untuk siapa kau solat dan mengabdi?” Lalu
tamatlah riwayat Dajjal dibunuh oleh Nabi Isa di Babu Luddi Palestin.
3. Turunnya Isa bin Maryam
Nabi Isa adalah nabi kedua terakhir yang diutuskan Allah. Nabi Isa telah dinaikkan ke langit dan hidup dengan aman hingga sekarang setelah cubaan membunuh oleh kaumnya. Waktu Dajjal berleluasa pada akhir zaman, Nabi Isa akan turun dan membunuhnya serta memimpin umat Nabi Muhammad ke jalan yang benar dan akan dihapuskan segala agama selain Islam. Dunia ketika itu akan aman sehingga anak perempuan boleh bermain dengan harimau.

Bumi
akan mengeluarkan cahaya dan menumbuhkan tumbuhan sama seperti zaman
Nabi Adam dan ramai orang memetiknya dan makan sehingga kenyang. Nabi
Isa akan memimpin dunia dengan aman selama 40 tahun sebelum kewafatan
beliau di Madinah. Beliau disembahyangkan oleh kaum muslimin dan
dimakamkan berdekatan makam Rasulullah SAW. Yakjuj Makjuj iaitu kaum
yang amat ditakuti manusia juga akan muncul pada zaman Nabi Isa ini.
4. Keluarnya Yakjuj & Makjuj
Yakjuj dan Makjuj adalah dua kaum yang telah hidup lama di sebalik dua gunung dari zaman Nabi Ibrahim hinggalah sekarang dan mereka suka berbuat kerosakan di muka bumi dan menyusahkan dan mengganggu manusia. Masyarakat waktu itu tidak tahan dengan Yakjuj Makjuj lalu meminta Raja Zulqarnain iaitu pemimpin yang agung untuk membuat benteng menahan Yakjuj Makjuj dari keluar dari sebalik gunung tersebut. Lalu mereka bekerjasama membuat benteng yang tingginya sama tinggi seperti dua puncak gunung itu. Di situlah Yakjuj Makuj terkurung sehingga Kiamat nanti.

5. Matahari Terbit dari Barat
Terbitnya matahari dari ufuk barat adalah suatu yang mustahil akan berlaku tanpa izin Allah kerana ia bertentangan dengan hukum alam. Ketahuikah anda bahawa matahari itu setelah ia diciptakan, ia sentiasa mengikut peredarannya iaitu terbit di timur dan terbenam di barat? Setelah terbenam, ia pergi ke bawah Halimatul Arasy, sujud kepada Allah dan mensucikanNya dan membesarkanNya. Kemudian matahari akan meminta izin Allah untuk terbit kembali menjalankan tugasnya seperti biasa.

Setelah
wafatnya Nabi Isa, manusia ketika itu ada yang tetap taat pada ajaran
Islam dan banyak yang kembali kufur kepada Allah. Tidak lama kemudian
berlakulah satu perubahan yang ketara pada alam semesta yang tidak
pernah terjadi sepanjang umur dunia. Apabila matahari terbenam, malam
menjelma seperti biasa, namun semua manusia dapat merasai keanehan malam
tersebut. Malam itu terlalu lama dan panjangnya sama dengan dua malam
biasa. Orang yang tidur sudah puas tidur, orang yang selalu solat subuh
di awal waktu masih menanti masa solat, sehingga ramai yang keluar dari
rumah masing-masing bertanya kepada jiran mengapa dunia masih gelap.
Rupanya
Allah telah menahan matahari dari menjalani tugasnya, Allah berfirman,
“Diamlah engkau disini”. Matahari pun diam selama dua malam sehinggalah
Allah memerintahkan, “Terbitlah engkau dari tempat terbenammu”, lalu
terbitlah matahari dari ufuk barat. Tatkala itu semua penduduk dunia
berasa sangat pelik kerana ia tak pernah berlaku dalam sejarah, matahari
telah terbit dari tempat terbenamnya. Kemudian kesemua mereka menangis
sama ada yang Islam atau yang kafir kerana mereka sudah tahu hampirnya
Kiamat. Namun segala tangisan dan taubat sudah tak berguna lagi. Pada
waktu terbitnya matahari dari barat, Allah telah menutup segala pintu
taubat dan pintu syurga, maka menyesallah mereka sehingga mulai hari
itu, tidak seorang pun akan bekerja lagi.
6. Keluarnya Binatang dari Perut Bumi
Setelah terbitnya matahari dari ufuk sebelah barat, kemudian muncul lagi tanda kekuasaan Allah iaitu keluarnya binatang yang melata dari perut bumi. Apabila ia keluar sahaja ke muka bumi ini, lalu muncullah tanda pada dahi setiap manusia. Jika manusia itu beramal soleh maka tercatitlah perkataan “mukmin” pada dahinya manakala jika manusia itu seorang kafir, maka terang-terangan akan tertulis “kafir” pada dahi mereka.

Apabila
cincin Nabi Sulaiman dioleskan pada mukan orang kafir, maka akan
hitamlah seluruh mukanya manakala apabila ia dioleskan pada muka orang
mukmin, akan berserilah wajah mereka. Begitu juga tongkat Nabi Musa,
apabila ia memukul hidung orang kafir dan mukmin, maka tertulislah pada
dahi mereka kafir dan mukmin. Maka dengan itu jelas sudah perbezaan
antara orang kafir dan mukmin.
7. Dunia diliputi Kabut
Allah berfirman, “Maka tunggulah hari ketika langit membawa kabut yang nyata, yang meliputi manusia. Inilah Azab yang pedih. Mereka berdoa, Ya tuhan kami hilangkanlah dari kami azab itu, sesungguhnya kami akan beriman“. (Al Dukhan: 10-12)

8. Angin yang Mematikan, diangkat Al-Quran & Perkara Baik
Setelah beberapa tanda besar berlaku, lalu berlalu tahun demi tahun, kemudian manusia tetap lalai dari menginsafi diri pada Allah. Yang baik akan membuat kejahatan kembali, yang jahat tetap begitu. Orang mukmin makin ketakutan yakni mereka takut terpengaruh membuat kejahatan serta fitnah lalu mereka berdoa pada Allah agar tidak terjerumus ke arah maksiat. Lalu Allah menurunkan ubat dari langit yakni angin yang kuat untuk mematikan orang-orang beriman walaupun dalam diri mereka masih mempunyai secebis keimanan. Maka tinggallah orang-orang kafir dan mungkar di muka bumi ini.

Rasulullah
SAW bersabda, “Yang mula-mula sekali diangkat Allah dari hambaNya ialah
sifat pemalu, kemudian dicabutnya sifat amanah dan kasih sayang. Lalu
Allah cabutkan pula kalung keislaman dari leher hambaNya, maka jadilah
hambanya itu jauh dari rahmat dan dilaknat”. Apabila semua sifat berikut
telah tiada dalam diri manusia, maka sifat-sifat buruk akan berleluasa
di muka bumi dan manusia tatkala itu tidak memperdulikan sesama mereka.
Mereka berbuat apa sahaja yang mereka kehendaki.
9. Hancurnya Kaabah
Kota Mekah adalah tempat di mana letaknya rumah Allah di muka bumi iaitu Kaabah. Ia menjadi tempat umat Islam seluruh dunia beribadat kepada yang Esa. Diriwayatkan bahawa Allah telah menjadikan tapak Kaabah itu disokong dengan empat tiang daripada air dua ribu tahun sebelum Dia menciptakan dunia ini dan Dia telah membentangkan bumi dari bawah Kaabah. Tiang Kaabah itu panjangnya sehingga lapisan bumi yang ke tujuh.

Terdapat hadis menyebut, “Dan yang terakhir adalah api yang keluar dari Adan untuk menghalau manusia ke tempat pengumpulan mereka”. Manusia di akhir zaman makin jahat dan maksiat makin berleluasa, lalu ia menyemarakkan lagi kemarahan Allah, lalu dikirimkan api yang keluar dari perut bumi.
11. Ditiupkan Sangkakala dan Berakhirnya Umur Dunia
Sangkakala pertama: Mengejutkan dan Mematikan
Masanya telah tiba, manusia-manusia makin lalai dan tidak pernah insaf, lalu kemarahan Allah datang dan Allah memerintahkan Malaikat Israfil meniupkan sangkakala. Israfil tidak pernah lalai dari tugasnya. Sejak bumi diciptakan Allah, Israfil telah siap sedia memegang dan meletakkan sangkakala itu ke mulutnya dan matanya dihalakan ke Arasy Allah. Maka ditiupnya sangkakala pertama, yakni untuk mengejutkan. Dengan bunyi yang cukup kuat dan lantang serta didengar hingga langit ketujuh, menyebabkan seluruh makhluk Allah tergamam dan terkejut lalu membisu kesemuanya.

Firman
Allah, “Dan ingatlah hari ketika ditiupkan sangkakala, maka terkejutlah
segala yang ada di langit dan segala yang di bumi, kecuali orang-orang
yang dikehendaki Allah“. (Al-Naml: 87)
Manusia
tiada arah tuju lagi, mereka berkawan dengan jin dan jin berlindung
dengan mereka. Semuanya buntu lalu mereka pergi berjumpa dengan Iblis
yang mereka anggap dapat menyelesaikan masalah ini. Iblis membawa mereka
ke laut, namun alangkah terkejutnya mereka melihat laut yang sudah naik
dan api menyala dan mendidihkan laut itu. Mereka kecewa lalu berdiri
sahaja melihat laut. Iblis yang bingung berlari ke sana sini namun
segala yang dilihatnya adalah api. Dia teringat atas peristiwa dahulu
yakni peristiwa yang memulakan permusuhannya dengan Adam dan sekaligus
menjadikan dia kafir. Dia menyesali perbuatannya dan berkata, “Tuhanku,
sekarang suruhlah aku sujud kepada sesiapa sahaja yang Engkau
kehendaki”.
Syaitan-syaitan
yang setia bersama Iblis selama ini berasa hairan dengan kelakuan
pemimpinnya, lalu bertanya, “Wahai penghulu kami, kepada siapa engkau
tunduk?” Lalu Iblis menjawab, “Aku merendah diri dan sujud kepada tuhan
sekalian alam yang telah memanjangkan umurku sehingga hari kiamat.
Sekarang sudah dekatnya masa yang telah dijanjikan.” Syaitan yang tidak
pernah tahu akan kewujudan Allah selama ini lalu berkata, “Sesungguhnya
engkau telah mencelakakan dirimu dan engkau telah mencelakakan kami”.
Mereka menyesal namun penyesalan pada waktu ini tidak berguna lagi.
Tiba-tiba
terdengarlah suara dari langit, “Sekarang sudah datanglah ketentuan
Allah, maka jangan kamu minta untuk dipercepatkan lagi”. Meremang bulu
roma mereka semua ketakutan dan menyesali perbuatan mereka namun ianya
tidak berguna. Lalu ditiupnya Israfil sangkakala kedua yakni untuk
mematikan, maka kedengaran ngauman sangkakala yang cukup kuat dan
panjang sehingga menembusi lapisan langit dan bumi yang ke tujuh.
Turunlah Izrail dengan rupa yang mengerikan dan dicabutnya nyawa segala
makhluk dengan kasar secara paksa kecuali yang tertentu sahaja.
Allah
berfirman kepada malaikat maut, “Pakailah pakaian kemurkaanKu dan
bawalah bersamamu 70,000 Malaikat Zabaniyah (malaikat penjaga neraka)
dan setiap satu malaikat itu membawa 70,000 cangkuk dari Neraka Jahanam
dan cabutlah nyawa Iblis Laknatullah”. Malaikat maut turun ke bumi Allah
dengan rupa seburuk-buruknya, bau sebusuk-busuknya, dan diceritakan
rupa malaikat maut tiada seorang pun berani melihatnya. Maka larilah
Iblis ke mengelilingi bumi, ke laut, ke langit, ke timur, ke barat,
namun Izrail telah sedia berada di depannya. Akhirnya Iblis dikepung di
tempat mula-mula ia turun ke bumi sewaktu zaman Nabi Adam dahulu, lalu
dibentaknya Iblis dan dicabutnya nyawa Iblis secara kasar dan paksa lagi
mengerikan. Menjeritlah Iblis dan matilah ia disana. Maka tamatlah
permusuhan antara Adam dan Iblis dan dihancurkan dunia ini.
Malaikat
Maut kemudian pergi mengadap Allah kemudian berkata, “Ya tuhanku, telah
mati semua penghuni langit dan bumi kecuali makhlukMu yang Engkau
kehendaki”. Allah bertanya pada Izrail walaupun Dia lebih tahu, “Siapa
lagi yang masih belum mati?” Izrail menjawab, “Yang tinggal adalah
Engkau yang sentiasa hidup dan tidak akan mati untuk selamanya, malaikat
penjaga ArasyMu, begitu juga Jibril, Mikail dan saya sendiri”. Lalu
Allah memerintahkan Izrail mencabut nyawa Jibril dan Mikail, kemudian
mereka pun mati. Serta merta Arasy Allah bergoyang dan dengan izin
Allah, Arasy berkata, “Ya tuhanku, mengapa diwafatkan Jibril dan
Mikail?” Allah berfirman, “Diam engkau! Tidakkah engkau tahu bahawa Aku
telah menetapkan kematian bagi semua makhluk yang berada di bawah
ArasyKu?”
Izrail
mengadap Allah sekali lagi lalu ditanya Allah siapakah yang masih
tinggal, lalu Izrail menjawab, “Hanya Engkau ya tuhanku, malaikat
pemegang ArasyMu dan aku”. Dia diperintahkan mencabut nyawa malaikat
pemegang Arasy dan bergoncanglah Arasy tersebut disebabkan tiada siapa
yang memegang Arasy yang besar itu. Dengan izin Allah, Arasy itu diam
sendiri. Kemudian Allah bertanya lagi, siapakah yang masih tinggal, lalu
Izrail berkata hanya dirinya dan Allah yang Maha Esa. Allah berfirman
padanya, “Tidakkah kau mendengar firmanku bahawa setiap yang hidup pasti
akan merasai mati? Maka cabutlah nyawamu sendiri.”
Pergilah
malaikat maut di suatu tempat yakni antara syurga dan neraka lalu
dicabutnya nyawa sendiri di situ dengan cara selembut-lembutnya. Izrail
berteriak sekuat hati dan andainya ada makluk Allah yang lain mendengar
teriakannya, maka akan mati kesemuanya. Lalu Izrail berkata, “Andainya
aku tahu pedihnya rasa mati, akan aku cabut nyawa orang beriman dengan
selembut-lembut cara.”
Sangkakala kedua: Membangkitkan
Setelah kewafatan Izrail, maka tinggallah Allah sebagai Raja di alam semesta ini, lalu Allah bertanya kepada alam, “Siapakah raja-raja yang memiliki kerajaan hari ini?” Namun tiada seorang pun menjawab persoalannya, maka Allah sendiri menjawab, “Hanya kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Mengalahkan”. Kemudian Allah memerintahkan langit menurunkan hujan seakan-akan air mani lelaki ke bumi selama berbulan-bulan sehingga bumi ditenggelami air. Lalu Allah hidupkan Jibril, Mikail dan Malaikat penjaga Arasy serta Israfil.

Israfil
telah bersedia meletakkan sangkakala di mulutnya sambil menunggu arahan
dari Allah. Jibril pula ditugaskan membawa pakaian yang serba cantik
lagi harum ke kubur Nabi Muhammad bersama Buraq yang pernah baginda
tunggah ketika Israk Mikraj dahulu. Kemudian Israfil memasukkan kesemua
roh-roh umat-umat sejak Nabi Adam hinggalah kiamat ke dalam sangkakala
dan ditiupkan sangkakala kali ketiga yakni untuk menghidupkan segala
makhluk, maka terbukalah kubur Rasulullah dan keluarnya baginda disambut
Jibril. Bertanya Rasulullah pada Jibril, “Hari apakah ini? Bagaimanakah
perihal umatku”. Jibril menjawab, “Ketahuilah bahawa engkau adalah
manusia pertama yang dibangkitkan.” Maka dipakaikan Rasulullah pakaian
yang serba agung lagi baik dan ditunggangi Buraq ke Masyar.
Sangkakala
terus ditiupkan dalam masa yang panjang dan bertebaran roh-roh masuk ke
kubur masing-masing dan dihidupkan semua makhluk kali kedua. Mereka
semua tertanya-tanya hari apakah ini. Itulah hari pengadilan dan mereka
semua dihalau ke Padang Masyar untuk dihisab.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan