Rabu, 27 Mac 2013

CaRA TanGAni kEceWa dAlam PerCinTaan


1. Jangan berdendam-Jangan berdendam pada si dia. Lepaskan dia pergi dengan seikhlasanya supaya hati kamu tenang dan tak sakit.
2. Bertenang-Doa banyak-banyak dan mengadulah kepada Allah agar diberi petunjuk dan ketenangan menghadapi ujian dariNya ini.
3. Buang Kenangan-Buanglah barang-barang pemberiannya kerana jika kerap dipandang akan lebih menyakitkan hati dan lebih buat dirimu merana.
4. Mulakan Hidup Baru-Buka lembaran baru. Buka buku baru dan cipta sejarah baru. Tinggalkan kenangan lama dan menyakitkan dan percaya  bahawa Allah akan memberi jodoh yang baik sesuai dengan dirimu.
5. Dia Bukan Yang Terbaik-Dia sangat baik dan kamu sayangkan dia. Tapi dia bukan terbaik untuk kamu. Jika dia terbaik pasti dia tak akan tinggalkan kamu. Pasti dia tidak curang dan pasti dia tidak mencipta 1001 alasan untuk menjauh darimu.
6. Perbaiki Kelemahan-Kadangkala perpisahan adalah satu ujian yang Allah beri untuk kita kaji semula kelemahan yang ada pada diri kita. Mungkin dulu kita banyak sangat kelemahan dan itulah penyebab dia menjauh. Belum terlambat untuk berubah menjadi yang lebih baik…siap tahu si dia kembali kepada kita lagi?
7.  Doakan Dia-Doakan kebahagiaan dia. Jangan dengki atau mencipta angkara untuk merosakkan cinta baru dia dengan insan baru. Perkara yang lepas jangan dikenang
8. Mendongak Ke Langit-Gongaklah ke langit dan lihat lah dunia ini sangat luas. Jangan dengan sedikit luka dan duka sudah membuat kita mengurung diri dan tenggelam dalam kecewa. Allah beri kita harapan dan peluang untuk terus merasa bahagia di hari mendatang.

TipS BerCinTA jARak JAuh




1.Manfaatkan masa yang ada
-Manfaat kan masa yang ada apabila sesekali bertemu. Gunakan waktu itu dengan melakukan aktiviti bersama agar ia dapat dijadikan kenangan indah untuk dikenang apabila berjauhan kelak.
2.Kreatif
-Anda perlua kreatif dalam mempelbagaikan aktiviti kasih sayang anda. Tidak hanya dengan bertemu dapat melahirkan rasa sayang. Gunakan medium yang ada untuk meneruskan perhubungan kalian dengan penuh variasi. Walau pun tidak dapat bertemu kamu boleh sesekali emailkan kata-kata indah kepada dirinya, sms sentiasa bertanyakan aktiviti hariannya , boleh whatsapp, webcam jika gunakan skype dan pelbagai kaedah lain lagi yang boleh digukana sebagai medium untuk menghubungkan kalian. Jangan jadikan faktor jarak sebagai penamat kepada hubungan yang sudah terjalin.
3.Saling percaya
-Kalian perlulah saling mempercayai antara satu sama lain. Jangan sesekali berfikir disebabkan jauh si dia pasti akan mencurangi kalian.  Berburuk sangka atau mengandaikan sesuatu yang tidak pasti hanya akan meruntuhkan hubungan kalian
4.Limitkan masa bertengkar.
-Jika berlaku salah faham segeralah selesaikan. Sukar untuk menyelesaikan permasalahan dengan jarak yang jauh, dengan itu janganlah panjang-panjangkan masalah yang remeh sehingga ia menjadi masalah yang besar dan sukar untuk ditangani.
Jika merajuk tak usahlah lama-lama kerana ia akan merosakkan keadaan dan tidak mendatangkan keindahan dalam hubungan kalian. Ciptalah kenangan indah dalam hubungan kalian walau jarak yang ada sangat jauh. Keindahan hubungan tidak bersyarat kepada faktor jarak sesuatu hubungan.
5.Setia
-Jika kamu mengharapkan dia jujur di kejauhan itu maka kamu juga perlu jujur terhadapnya. Jaga kelakuan dan batas pergaulan agar tidak menerbitkan salah faham antara kamu dan dia. Andai kata diri sudah mula diragui kesetiaan pastinya sukar untuk kita raih kepercayaan darinya lagi. Kepercayaan pasangan tidak mampu dijual beli lebih-lebih lagi kepercayaan dari insan tersayang…
Moga beberapa tips yang Kasih Suci kongsikan tadi mampu memberi sedikit maklumat kepada kalian yang mengalami masalah atau pengalaman hubungan jarak jauh ini.
Powered By Blogger