Isnin, 21 Mei 2012

HaBuan dAri ALLAH SWT-ALLAH SWT JuGa MerAnCanG

Assalamualaikum! Kami menyediakan perkhidmatan menghantar setiap artikel terus ke email anda secara PERCUMA! KLIK di sini untuk perkhidmatan tersebut!
Sekatan kawasan penangkapan ikan yang dihadkan Israel
Buat sekian lamanya, penduduk Gaza telah dihukum dengan pelbagai deraan dan sekatan. Mereka telah dikepung ketat oleh penjajah Zionis Israel sejak tahun 2007 lagi. Bukan sahaja di sempadan darat dan udara, bahkan juga di keseluruhan persisiran pantai Gaza yang semakin menghimpit.
Para nelayan dan masyarakat di Gaza hanya dibenarkan memancing dan menjala sejauh 3 km daripada persisiran pantai. Maka hasilnya tentulah sedikit dan ikan-ikan yang ditangkap hanyalah ikan-ikan kecil seperti sardin yang halus.
Hanya 3 km atau bersedia untuk ditembak!Beberapa enjin bot nelayan telah ditembak pada 3 hari yang lalu kerana bot yang mereka gunakan telah menghampiri kawasan 3 km dari pantai Gaza. Harga sebuah enjin bot ini bernilai USD 6,000.00 kerana terpaksa dibawa melalui terowong-terowong bawah tanah di Rafah daripada Mesir. Harga yang terlalu tinggi untuk ditanggung oleh seorang nelayan biasa di Gaza.
Nelayan Gaza, Mahyuddin Bakeer menunjukkan enjit botnya yang ditembak
Harga ikan melambung tinggi dan tidak dinikmati oleh masyarakat kebanyakan. Hanya di kalangan mereka yang berduit sahaja yang mampu membeli ikan. Apa tidaknya, harga sekilo ikan sardin yang kecil (sebenar ibu jari) setinggi RM 20-25, ikan merah RM 60-70 sekilogram dan udang kebiasaannya hampir RM 100 sekilogram.Hasilnya, kebanyakan mereka hanya dapat menangkap ikan sardin sebesar 2 jari dan beberapa jenis ikan yang kecil bagi menampung keperluan lebih 1.7 juta penduduk wilayah ini.
Miski pun kawasan perairan tersebut dikawal rapi dan laluan ikan ditutup oleh pasukan Navy Israel Ikan tetapi ketentuan Allah melebihi segala-galanya. Ditakdirkan Tuhan apabila ribuan ekor ikan-ikan pari yang besar dan sihat ini menerjah masuk ke perairan Gaza dan acap kali memberikan hasil tangkapan yang lumayan kepada sebahagian daripada nelayan di sini.
Habuan sebenar dariNya jua...
Inilah bumi barakah yang dijanjikan Allah apabila masyarakatnya terus gigih berjuang dan tetap teguh pendiriannya. Malahan pertolongan dan pemberian rezeki dari Allah kepada mereka terus diterima dari hari ke hari daripada sumber-sumber yang tidak disangka-sangkakan.
Allah Swt berfirman dalam surah Al-A’raf ayat 96:
وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَى آَمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِمْ بَرَكَاتٍ مِنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَكِنْ كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ
Jika sekiranya penduduk negeri-negeri beriman dan bertakwa, pastilah Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat Kami) itu, maka Kami siksa mereka disebabkan perbuatannya.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang sentiasa beristighfar maka Allah akan menjadikan baginya setiap kesusahan itu ada jalan keluar dan pada setiap kesempitan ada cara mengatasinya serta memberikan rezeki kepadanya daripada sumber yang tidak disangka-sangka.”
Riwayat Abu Daud

Tiada ulasan:

Catat Ulasan